Khaled Meshal
Khaled Meshal

Khaled Meshal

Khalid Misy'al, atau juga dikenali dengan nama Khaled Meshal atau Khaled Mashal (Bahasa Arab: خالد مشعل‎; lahir pada tahun 1956) adalah salah seorang pemimpin pertubuhan Palestin Hamas—pertubuhan politik, sosial dan organisasi ketenteraan Palestin sejak ketika era pemerintahan Abdul Aziz al Rantisi lagi dalam tahun 2004.[1] Tambahan dari itu, Mashal pernah menjadi ketua cawangan biro politik Hamas di Syria.[2] Dia juga dikenali sebagai "pemimpin politik" Hamas cabang Kuwait[3] dan pada ketika ini tinggal di Doha, Qatar.Mashal lahir di Silwad, sebuah perkampungan terletak di utara Ramallah dan pindah ke Jordan pada tahun 1967. Beliau pernah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kuwait. Di sana, Mashal pernah menjadi ketua pelajar Islam, beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya Palestin yang ketika itu tampuk pemerintahan didominasi oleh Yasser Arafat dan Pertubuhan Pembebasan Palestin, beliau juga pernah menyertai Islamic Haqq Bloc, dimana ia bersaing dengan gerakan Fatah untuk menyandangi tampuk kepimpinan Kesatuan Umum Pelajar-Pelajar Palestin di Kuwait. Selepas pengasasan Hamas pada tahun 1987, Mashal mula memimpin cawangan pertubuhan Palestin itu di Kuwait.[1] Mashal beredar dari Kuwait dan berpindah ke Jordan dalam tahun 1991. Sejak tragedi pembuangan barisan kepimpinan Hamas dari Jordan pada Ogos 1999, Mashal telah menetap di Qatar sebelum berpindah ke ibu kota Syria iaitu Damsyik pada tahun 2001.Pada 2010, majalah British New Statesman menyenaraikan Khaled Mashal di kedudukan ke-18 dalam senarai "50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2010" (The World's 50 Most Influential Figures 2010).[4]

Rujukan

WikiPedia: Khaled Meshal http://www.filistinetkinlik.com/forum/index.php?to... http://www.latimes.com/news/opinion/commentary/la-... http://www.newstatesman.com/middle-east/2009/09/is... http://www.newstatesman.com/middle-east/2010/09/kh... http://zpravy.idnes.cz/hamas-chief-khaled-meshaal-... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://web.archive.org/web/20080430122007/http://w... http://isni.org/isni/0000000121279723 http://www.webcitation.org/query?id=12565317423459... http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/35636...